Wahai anak-anakku, dalam meniti kehidupan dan menempuh berbagai-bagai dugaan, janganlah lupa pada diri kamu, keluarga kamu, saudara kamu dan bangsa kamu. Ingatlah setinggi mana darjat kamu, sejauhmana pengalaman kamu, sedalam mana ilmu kamu, ianya tidak mungkin dicapai oleh kamu sepenuhnya, sehinggalah kamu memejamkan mata buat selama-lamanya.
Janganlah kamu dengki akan saudara kamu yang kaya-raya, dan benci saudara kamu yang miskin hina, kerana kamu akan beroleh keberkatan dengan memuliakan mereka.
Janganlah asyik menghina bangsa sendiri sehingga tidak kenal erti terima kasih. Fahamilah erti mengenang jasa sedalam-dalamnya. Janganlah lupa apa itu lupa kerana biarlah lupa kejahatan seseorang terhadap kita, tetapi jangan sekali-kali lupa kebaikan seseorang terhadap kita.