SEBELUM AKU MEMULAKAN CERITA DI DALAM INI, INGIN AKU MAKLUMKAN AKU BUKANLAH PENULIS YANG MAHIR TAPI HANYA SEKADAR CATITAN UNTUK KENANGANKU.
Namaku ialah Roslina binti Teh Mohammad. Aku dilahirkan di Changlun, Kedah. Pernah bersekolah di Sek. Ren. Raja Perempuan Ipoh iaitu pada tahun 1969 hingga 1974, kemudian di Sek Men. Raja Perempuan Ipoh pada tahun 1975 hingga 1976 dan akhir sekali di Sek. Men. Perempuan Alor Akar (SMPAA) Kuantan pada tahun 1977 hingga 1979. Kemudian aku membuat berbagai-bagai kerja seperti pengawal keselamatan bekas-bekas polis Malaysia (security), sebagai pengetam papan, kontrak bangunan (ketuk batu) dan penjual pasar malam (barangan kosmetik) sehinggalah aku ditawarkan kerja di Jabatan Hasil Dalam Negeri pada tahun 1982 hingga 1990, kemudian pada tahun 1990 hingga 1996 aku telah berpindah ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jln Cenderasari, selepas itu aku telah mendapat jawatan baru dan berpindah pula ke Jabatan Pertanian. Pada tahun 2006 aku telah bertukar ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan ditempatkan di JPJ Cawangan Kompleks Pertama sehingga 26.06.2009 dan pada 29.06.2009 JPJ Cawangan Kompleks Pertama telah ditutup dan dibuka di Maju Junction pada 29.06.2009 dan pada 08.12.2014 hingga 31.10.2016 aku telah berkidmat di Parlimen. Akhirnya pada 01.11.2016 aku telah bersara pilihan dalam usia 54 tahun. Bermula 01.11.2016 aku akan menjalankan rutin sebagai pesara.

CINTA, KASIH, SAYANG
Dari sudut pandanganku. Cinta, kasih dan sayang ialah tiga perkataan yang berbeza tetapi mempunyai perasaan yang sama kecuali cinta, kasih dan sayang kepada ALLAH dan RASUL yang melebihi segala-galanya. Yang membezakan ialah betapa dalamnya perasaan itu dan kepada siapa......, dimana ianya tidak boleh diluahkan melalui kata-kata. Ianya berada di satu sudut di dalam diri kita, dan tidak pasti cuma apabila ianya sakit disebabkan terlalu rindu, cinta, kasih dan sayang. Ianya dapat dirasakan di sudut itu. Seterusnya ..........
PERASAAN
Di dalam keluargaku, aku dikenali sebagai orang yang tidak mempunyai perasaan. Aku akui yang aku mungkin tidak mempunyai perasaan, tetapi bukanlah sebarang perasaan. Mungkin semasa aku dialam persekolahan, aku pernah ada perasaan marah mungkin disebabkan pada ketika itu aku belum matang. Akan tetapi, sebenarnya di dalam kamus hidup aku. Aku tidak pernah ada perasaan marah atau berdendam kepada sesiapa juga samada kepada yang masih hidup atau yang telah lama pergi. Namun disatu sudut yang lain aku mempunyai perasaan yang teramat sayang yang melebihi segala-galanya yang membuatkan diri aku tidak pernah ada perasaan marah kecuali kemaafan. Bagiku biarlah kudrat aku melebihi dari gaji atau balasan baik yang aku perolehi. Aku tidak mahu gaji yang aku bawa pulang melebihi kerja yang aku lakukan walaupun satu sen. Seterusnya .........
BOS atau KETUA di tempat kerja
Ketua, disudut pandanganku ialah seorang insan yang ditugaskan untuk menjaga, tanggung dan jawab iatu dari segi tugas, pejabat, kakitangan dll.... Tidak kira diperingkat mana kamu menjadi ketua, tugasnya adalah sama, yang membezakan ialah jawatan. Dalam erti kata lain tidak lari daripada tanggungjawab menjaga orang bawahan dan menjaga orang atasan. Bagi aku perkara yang aku tidak boleh terima ialah apabila seorang ketua itu memuji dan mempercayai aku dan apabila aku telah melakukan sesuatu kesalahan tanpa disedari. Bagi aku pujian merupakan yang sangat berharga sedangkan aku belum layak untuk dipuji. Mempercayai adalah satu tugas yang sangat berat, lebih berat daripada diberi tugas kerana aku ini hanyalah insan biasa. Di tempat kerja sebagai ketua, boleh menilai orang bawahan dari pelbagai espek, tetapi sebagai insan kita juga berhak menilai orang atasan. Aku pernah bekerja dengan ketua yang garang, tegas, lembut, lembab, bijak, tiada pendirian, berpenderian tinggi, berpengatahuan, berpengalaman luas, yang tidak menyimpan rahsia, yang menyimpan rahsia, yang manja dan lain-lain. Namun sebagai ketua dan insan biasa, markah perfect 100% tidak boleh diberi. Ini kerana markah zahir sahaja yang dapat dinilai sedangkan markah batin hanya ALLAH saja yang menilainya. Walau bagaimanapun aku mohon petunjuk dan perlindungan daripada MU. Insyaallah. .
Pada 29.06.2009 ketua cawangan aku ialah En. Saiful Razli bin Abdul Rashid. Beliau seorang yang agak muda. Bagi aku tidak mudah untuk mencari orang bawahan yang benar-benar menghormati bos yang muda. Kebanyakannya akan mengatakan walaupun muda, mestilah menghormati orang tua. Bagi aku, ALLAH telah anugerahkan aku dengan pertalian naluri, aku boleh terima apa juga tindak tanduk bos aku. Aku tahu seikhlas mana bos aku. Setakat ini aku belum lagi diuji dengan apa juga bentuk tindakan. Paling membimbangkan aku ialah apabila bos mempercayai aku, aku tidak tahu sejauh mana amanat yang diberikan pada aku dapat aku laksanakan denga sepenuhnya dan betul. Ya ALLAH peliharalah aku supaya aku dapat melaksanakan amanat yang diberikan pada aku. Aku harap supaya ALLAH memelihara dia dari mudah mempercayai orang bawahan kerana yes bos dan mulut manis ialah satu senjata memikat. Bagi aku, kebanyakan manusia yang aku nilai ada saja yang tidak kena pada diri bos. Sehingga ke hari ini aku telah bekerja dengan bermacam-macam bos, ada bos india, cina, melayu, lelaki, perempuan, tua dan muda tapi aku boleh menerima kesemuanya. Ini kerana jika kita hanya letakkan diri kita di tempat kita, maka itulah keputusannya, tapi jika kita tahu letakkan diri kita di tempat bos dan atas dari bos, barulah kita tahu. Boleh dikatakan kebanyakan manusia hanya boleh melihat sebahagian tak semua yang melihat keseluruhan iaitu dari pelbagai sudut. Bukan mudah untuk mempertahankan bos. Bos aku ni ditempat kerja semasa dia sebagai ketua cawangan boleh dikatakan layak menjadi ketua cawangan kerana dia seorang yang tegas, sentiasa mengambil berat tentang staff walaupun dia kalau dilihat mungkin ada yang mengatakan dia kurang bergaul dengan staff tetapi seperti kebanyakan bos kalau boleh ingin memberikan yang terbaik dan ingin memenuhi kehendak staff tetapi apakan daya kadang-kadang keputusan terpaksa dinilai, diteliti dan ditimbang. Dan akhirnya setiap ketua selalunya akan mendapat keputusan yang tidak semua staff boleh menerima. Itulah hakikat yang dinamakan bos. Pada tahun 2016 beliau telah mempunyai 2 orang anak lelaki.
Pada ketika ini bermula 15.06.2011 ketua cawangan aku ialah En. Mohd Shahrulnizam bin Senafi, Beliau seorang yang muda dan masih belum berumahtangga, Disini aku berhak menilai ketua aku sendiri tanpa batasan. Ketua aku ini adalah seorang ketua yang tegas dalam kerja, menjaga kebajikan staff sentiasa ingin memberikan yang terbaik dan sangat mengambil berat masalah kakitangan tetapi sebagai pemimpin ditempat kerja apajuga keputusan atau cadangan walaupun ianya baik tetap ada yang tidak setuju. Itu adalah lumrah seorang pemimpin. Walau bagaimanapun naluri antara bos dan aku tetap ada. Ketika aku menulis cerita ini En Shahrul telahpun mendirikan rumahtangga pada 10.11.12. Beliau telah mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huda.
MATA
Mata adalah anugerah ALLAH kepada makhluknya. Sebagai manusia yang dicipta paling terbaik mata merupakan nikmat dan hikmah ALLAH yang tidak ternilai, tidak kira samada anda dapat melihat dengan jelas, rabun ataupun buta. Sekiranya anda dapat melihat dengan jelas, bersyukurlah kerana anda dapat melihat warna dunia, yang baik dan yang buruk. Sekiranya anda dilahirkan rabun, bersyukurlah kerana anda dapat melihat kesimbangan mata dan hati. Sekiranya anda dilahirkan buta, bersyukurlah kerana anda mempunyai pandangan mata hati yang tajam sekali.
Namun aku bersyukur kerana ALLAH telah kurniakan aku sepasang mata yang dapat melihat semua, tetapi ada batasannya. ALLAH telah jadikan aku seorang insan yang tidak suka melihat rahsia orang lain. Semoga ALLAH melindungi aku daripada menyampaikan berita-berita yang benar dan tidak benar yang pernah aku lihat. YA ALLAH lindungilah Mata, Telinga dan Mulutku............
HATI
Hati adalah satu tempat yang banyak menyimpan khazanah. Yang dimaksudkan khazanah ialah terdapatnya cinta, kasih, sayang, dengki, benci, dendam, bongkak, sombong, angkuh, keras, lembut dan lain-lan di dalamnya. YA ALLAH lindungilah hatiku daripada berniat jahat dan kekalkanlah hatiku dengan sifat maaf dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
MATA HATI
Mata boleh melihat luaran manakala hati ialah perasaan dalaman. Mata hati ialah penilaian luaran dan dalaman. Untuk menilai perlu ada akal, fikiran, perasaan dan naluri dan sedikit ilmu serta pengalaman..... tak boleh nak terus sebab??????
PERJALANAN HIDUP DAN PENGALAMAN PEKERJAANKU
Kisah bermula di kem Batalion Ketiga, Pasukan Polis Hutan Ipoh. Semasa kecil, di sinilah BN3 camp sejarah bermula ............
iaitu ketika aku dizaman persekolahan aku suka bermain di lombong dan di atas pokok. Aku masih ingat lagi apabila sebelah kaki aku melekat dalam lombong dan semua kawan-kawan kecil menarik keluar aku, yang pada ketika itu aku merasakan kaki aku ditarik oleh sesuatu. Selain itu aku juga suka bermain di atas pokok antaranya ialah pokok ceri, bunga tanjung, jambu batu dan pokok cenderai kerana aku boleh memakan buah-buah tersebut. Disini ketika aku bermain di pokok ceri aku telah terkena ulat bulu. Apalagi habis seluruh badan aku gatal-gatal dan bengka-bengkak. Walau bagaimanapun aku dapat juga satu ubat penawar iaitu jika seseorang terkena ulat bulu, carilah daun jambu batu dan gosokkan ke badan sehingga gatal itu hilang. Sehinggalah aku di sekolah menengah iaitu di tingkatan 5, aku tetap bermain di atas pokok dan berbuai dengan akar-akar pokok yang berjuntai. Aku bermain selepas waktu sekolah iaitu ketika menunggu trak. Pengalaman lain ialah ketika aku menjual kuih, perkara yang tidak boleh aku lupakan ialah apabila semua kuih aku basah disebabkan hujan. Aku tidak sempat berteduh kerana pada ketika itu tiada rumah yang berdekatan. Kedua ialah ketika aku menjadi cleaner. Aku telah terpijak sayur sawi yang dibuang oleh budak kecil. Pinggan kotor yang aku pegang telah terpelanting dan pecah. Kecut perut aku dibuatnya. Ketiga ketiga aku bekerja sebagai security, bayangkan aku diarahkan mengutip duit RM10.00 daripada setiap penganggur, sehari sehingga beratus-ratus ringgit. Aku sungguh gembira kerana aku merasakan aku dapat menolong penganggur untuk mendapatkan pekerjaan, tapi akhirnya baru aku tahu yang kerja aku itu sebenarnya menguntungkan ketua security aku. Aku hanya dibelanja makan tengahari. Aku telah diperguna. Nasib baik, aku tak ditangkap atau dicekup polis ketika itu.
Ini ialah buah cenderai, buahnya hijau boleh dibuat peluru dan bila ranum berwarna hitam. Boleh dimakan rasanya masam manis.
SEKIRANYA ANDA SEORANG YANG BIJAK CARILAH BLOG YANG MEMAPARKAN SAMBUNGANNYA...................